Thursday, June 17, 2010

Sedihya Seorang Sahabat



Nilai sebuah persahabatan......
Apabila seorang sahabat pergi meninggalkan kita. Tinggallah kita bermuhasabah diri. Walaupun siapa kita pada pandangan orang lain, namun sahabat sejati sukar dicari.
Al-Fatihah kepada Allayarham Ustaz Hassan Shukri.......Amin Ya Rabbal Alamin.

Bangunan Baru Parlimen: Lepas Semua Bantah Kini Kabinet Pertimbang PICC


Petikan dari MStar Online
KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai pihak mempersoalkan hasrat kerajaan untuk membina sebuah bangunan parlimen yang baru di Putrajaya dengan menelan kos perbelanjaan RM800 juta, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai bangunan Parlimen yang baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata majoriti anggota Parlimen juga bersetuju dengan cadangan itu memandangkan kedudukan PICC yang strategik.

"Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu bagaimanapun akan dibuat selepas kerajaan menerima laporan penuh JKR.

"Kalau laporan sudah siap dan kita tak setuju, maka kita akan tetap di sinilah," katanya.

Ditanya bilakah laporan itu dijangka siap, Mohamed Nazri berkata, tidak ada tempoh ditetapkan namun arahan telah diberi kepada agensi tersebut kira-kira tiga minggu lepas.

Beliau berkata, kerajaan juga akan hanya menggunakan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan sedia.

"Kerana bangunan itu (PICC) telah ada di sana, kita tak perlu bina bangunan baru. Kalau kita nak sediakan peruntukkan, kita hanya belanjakan pada bangunan sedia ada, bukan untuk membina bangunan baru," katanya.

Mohamed Nazri sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Beliau juga dilaporkan berkata kos pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan belanja RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada. Bagaimanapun, pelbagai pihak termasuk parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA sendiri tidak setuju sebuah bangunan baru -parlimen dibina di Putrajaya.

***Ulasan:
Buat je persidangan kat bangunan lama tu, buat apa nak bazirkan duit rakyat, Apabila ahli parlimen melalui jalan-jalan dlm KL ke Bangunan Parlimen, baru diaorang tahu masalah rakyat....bukan seronok nak bermesyuarat je. Dah nama pun ahli parlimen dan dilantik oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat. Bukan rakyat lantik korang perabiskan duit rakyat...(aik, emosi la plak.)

Ministry, merchants reach accord on licensing

Ectract from The Star Online

Thursday June 17, 2010
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry and Federation of Sundry Goods Merchants Association have reached a consensus on a single licensing system from July 1 to sell six essential items. Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the six items were flour, cooking oil, sugar, fuel, diesel and gas.

***Remaks:
When the problem arise, they will do like that and like this. why they did not think all of that before ??
(semenjak dua menjak ni dok speaking la plak :))
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger