Friday, November 20, 2009

Cuti Sekolah

Yang paling seronok time cuti sekolah ini ialah anak-anak. Bagi mereka lebih seronok daripada time raya. Bagi kita pulak yang jadi ibubapa macamana....??

Saturday, November 7, 2009

Amalan Bersedekah

Amalan bersedekah merupakan perbuatan yang terpuji di sisi Islam. Semenjak awal kedatangan Islam lagi Rasulullah s.a.w dan para sahabat menjadikan sedekah sebagai satu amalan terutamanya sahabat-sahabat yang kaya seperti Abdul Rahman ‘Auf, Saidina Abu Bakar As Sidiq, Saidatina Khadijah dan lain-lain lagi. Ke- kuatan iman yang ada pada mereka menyebabkan jiwa sentiasa menghendaki amalan bersedekah. Hadis Rasulullah yang diriwayat-kan daripada Muslim bermaksud :

“Daripada Abi Zar r.a, bahawasanya segolongan manusia
dari sahabat Rasulullah s.a.w berkata kepada baginda:
Ya Rasulullah! Orang-orang yang mempunyai harta (kaya)
telah mendapat pahala (lebih banyak daripada kami).
Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang dan
mereka puasa sebagaimana kami puasa dan mereka bersedekah
dengan kelebihan harta mereka.Berkata Rasulullah: Bukankah
Allah telah menjadikan bagi kamu suatu untuk bersedekah?
Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan
tiap-tiap takbir itu sedekah, dan setiap tahlil itu
sedekah, dan menyuruh dengan makruf itu sedekah, dan
melarang dari yang mungkar itu sedekah, dan pada kemaluan
daripada kamu itu sedekah…ke akhir hadis…”

(dipetik dari kitab Hadis 40: Hadis ke 25)

Secara amnya Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa amalan bersedekah itu tidak khusus kepada harta sahaja, bahkan ia meliputi amal ibadah manusia di muka bumi ini. Namun begitu apabila kita berbincang tentang sedekah harta di kalangan kita sebagai umat Islam, amat mendukacitakan. Pendek kata ada se-gelintir ‘orang kita’ yang susah menghulurkan derma walaupun mempunyai kemampuan.
Di kota metropolitan Kuala Lumpur, jika kita perhatikan terutamanya di gerai-gerai makan pasti akan ada mereka yang mengharapkan belas kasihan daripada orang ramai, malahan ada di antara mereka yang cacat penglihatan seperti buta dan sebagai-nya. Akan tetapi kerana sikap individualistik yang tertanam pada sesetengah ‘orang kita’ yang langsung tidak memperdulikan kedatangan mereka ini, apatah lagi jika si penagih simpati itu yang buta, sekurang-kurangnya berilah isyarat tertentu kepada mereka jika tidak mahu menghulurkan walau sepuluh sen sebagai sedekah. Maka berdirilah mereka yang malang itu di sebelah si bakhil yang langsung tidak berperi kemanusiaan.

Lantaran itu, cuba renungi peringatan ini agar menjadi pedoman. Janganlah kita terlalu bersifat ananiyah (mementingkan diri sendiri) kerana ia sangat merugikan. Hadis daripada Muslim, diriwayatkan oleh Jabir bermaksud:

“Tiap-tiap kebaikan adalah sedekah.”

Friday, November 6, 2009

Test Kereta Sebelum Bayar Road Tax

Kerajaan berura-ura nak laksana satu lagi bebanan untuk rakyat marhain dengan bercadang untuk membuat pemeriksaan ke atas kereta berusia lebih daripada 15 tahun. Hai Otak siapalah yang punya idea ???

Wednesday, November 4, 2009

Lagi penulis blog politik disiasat

Nov 4, 09 12:24pm
Seorang penulis blog yang sering mengkritik kerajaan dipanggil untuk untuk memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kuala Lumpur petang ini.

Bernard Khoo, atau lebih popular dengan nama blognya Zorro-Unmasked, dijangka memberikan keterangan itu jam 3 petang ini di ibu pejabat jabatan itu di Bukit Perdana.

Siasatan itu berhubung satu catatannya di blog tersebut tetapi setakat ini belum jelas artikel atau foto yang dipertikaikan.

Petikan drp Malaysiakini

PAC syor siasat bekas menteri pengangkutan

Nov 4, 09 11:24am
Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengesyorkan supaya bekas menteri pengangkutan, Datuk Chan Kong Choy disiasat terhadap dakwaan pecah amanah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

PAC juga mengesyorkan siasatan turut dijalankan terhadap bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (PKA), OC Phang.

PAC berkata mereka berdua hendaklah disiasat di bawah Seksyen 14 (1) Akta Tatacara Kewangan 1957.

Petikan drp Malaysiakini
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger