Monday, November 29, 2010

Ini gambar kakak kakak saya yang suka melaram



Siti Fatimah Azzahra







saya dah dapat adik baru, jadi sekarang saya dah jadi kakak. Bangun pagi terus dapatkan adik. Ini gambar adik saya

Sunday, September 19, 2010

Gambar-gambar Kenangan

Ini Masa Kena Check Out Hotel Dekat Kota Bharu



Punyalah lama tunggu ayah balik daripada Seminar, sampai tak larat dah nak berposing.

________________________________________________________


Gambar Raya 2010


Gambar raya 2010 keluarga saya: Ayah,mama kakak Fiqa, abang Ikram dan Kakak Ilham.


Fiqa dan Ilham


Macam kenal aje brader sorang ni....hehe.

Sunday, August 8, 2010

Tahun Depan Masuk Darjah Satu


saya dah tak sabar nak ke sekolah....lebih2 lagi bila mama dah beli kasut baru. Tapi mama tak beli baju sekolah lagi....uh uh takan pergi sekolah pakai kasut jer.

Saturday, July 17, 2010

Jangan Lupa Tinggalkan Komen Taw


Assalamualaikum...

Abang2, Kakak2, Mak Cik2, Pak Cik2 jangan lupa tinggalkan komen untuk saya Tau. saya dah pandai Baca....saya periksa kat Tadika dapat no.2, Ayah bagi 2 ringgit.....kalau dapat nombor banyak...lagi banyak ringgit dapat....betul ke ayah niiii??La nie saya dah 11 tahun....jom chating ngan saya!!!

Saturday, July 10, 2010

Saya Pandai Memujuk





saya pujuk ayah pergi makan kat KFC, pandai saya memujuk ayah...katanya mak su nak belanja. Jadi bawalah tok dan mak su saya sama. Ayah tak pandai makan kat KFC ni...ortodok la katakan....tapi bagi meraikan mak su dan tok saya yang dtg kerumah semata-mata mak su nak belanja anak2 ayah....ayah pun ikut je.....tapi saya merajuk la plak pasal kasut saya...kakak pun memujuk, tapi tak makan saman....Itu lah saya bila dah merajuk.

Thursday, July 8, 2010

Ini Abang saya namanya Ikram


Kami semua tahu sejauh mana keberaniannya.....hehe gaya je lebih tu. Cuba bagi lipas ke katak ke kat dia....hehe....

Ini saya masa kecik2 Dulu


saya suka didukung kecik-kecik dulu....sekarang pun kena dukung jugak lagi....tahun depan dah darjah satu.....siapa nak dukung.....mak saya la hehe. pergi sekolah ngan mama....mama bawa beg kat belakang.

Tuesday, July 6, 2010

Dua Orang yang Suka Berposing


Kelmarin pergi ziarah tok nyang saya yang meninggal ...jadi sempat la berposing sebelum nak pergi ambik tok saya kat umah mak su saya. Ni baru posing pergi ziarah orang meninggal. Kalau posing nak pergi makan kenduri....tak tau lah.....ikut sapa tak tau....he he .

Tuesday, June 29, 2010

Blog Saya


Mulailah hari ini,Maka jadilah blog ini sebagai blog  aku Nurilma Dalila....Jom kita sembang

Monday, June 28, 2010

Cuba Bayangkan Anda Juga Mempunyai Kembar 4

Cuba anda bayangkan anda juga mempunyai kembar 4 macam ni. Sedangkan anda dah mempunyai 4 orang anak.....Tentu meriah rumah anda. he3.



***Ulasan:
Bagi mereka2 yang sedang di ambang perkahwinan, di ambang percintaan, di ambang berkasih sayang......persiapkanlah diri anda dengan ilmu2 keibubapaan. Kalau dapat 4 orang sekaligus mcm ni, mahu kelam-kabut nanti....hehe.

Thursday, June 24, 2010

Jalan2 Musim Cuti




Perjalanan yang jauh dari Kedah ke Melaka...muka masing2 keletihan hehe...layan jelah mereka2 itu, bila dah checkin hotel malas dah nak keluar.....

Friday, June 18, 2010

1 putera 3 Puteri


1- Nushafiqah Aqilah 2- Muhammad Shahrul Ikram
3- Nurilham Izzati 4- Nurilma Dalila

Di Malaysia pun Banyak Tempat Menarik




Hehe alasan tak ada duit nak pergi jalan luar negeri..............dulu pun dah duduk oversea...cukuplah kan..jalanlah kat Mesia pulak.

Ortodok atau Tak Ortodok Ni...?.

Untuk menjadi penulis, memerlukan berbagai kemahiran. Antaranya berlapang dada...mesti melihat sesuatu perkara itu secara menyeluruh. Antara trend baru atau lama memerlukan analisis......Suatu ketika dulu Pernah Ortodok, Sekarang Tak Tahu la Plak...hehe

Nasib Mahasiswa Bangsa Melayu Sendiri



***Ulasan:
Kesian kat Pelajar-pelajar ni. Ini adalah antara faktor rakyat semakin meluat kepada kerajaan. Ibarat cerita singapura di langgar Todak

Thursday, June 17, 2010

Sedihya Seorang Sahabat



Nilai sebuah persahabatan......
Apabila seorang sahabat pergi meninggalkan kita. Tinggallah kita bermuhasabah diri. Walaupun siapa kita pada pandangan orang lain, namun sahabat sejati sukar dicari.
Al-Fatihah kepada Allayarham Ustaz Hassan Shukri.......Amin Ya Rabbal Alamin.

Bangunan Baru Parlimen: Lepas Semua Bantah Kini Kabinet Pertimbang PICC


Petikan dari MStar Online
KUALA LUMPUR: Selepas pelbagai pihak mempersoalkan hasrat kerajaan untuk membina sebuah bangunan parlimen yang baru di Putrajaya dengan menelan kos perbelanjaan RM800 juta, kerajaan kini sedang mempertimbangkan untuk menjadikan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai bangunan Parlimen yang baru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata majoriti anggota Parlimen juga bersetuju dengan cadangan itu memandangkan kedudukan PICC yang strategik.

"Kabinet telah memutuskan agar JKR (Jabatan Kerja Raya) menyediakan laporan termasuk kos mengambil alih sekiranya kita setuju mengambil PICC untuk dijadikan Parlimen," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam.

Beliau berkata, keputusan muktamad mengenai perkara itu bagaimanapun akan dibuat selepas kerajaan menerima laporan penuh JKR.

"Kalau laporan sudah siap dan kita tak setuju, maka kita akan tetap di sinilah," katanya.

Ditanya bilakah laporan itu dijangka siap, Mohamed Nazri berkata, tidak ada tempoh ditetapkan namun arahan telah diberi kepada agensi tersebut kira-kira tiga minggu lepas.

Beliau berkata, kerajaan juga akan hanya menggunakan peruntukan untuk menaiktaraf bangunan sedia.

"Kerana bangunan itu (PICC) telah ada di sana, kita tak perlu bina bangunan baru. Kalau kita nak sediakan peruntukkan, kita hanya belanjakan pada bangunan sedia ada, bukan untuk membina bangunan baru," katanya.

Mohamed Nazri sebelum ini dilaporkan berkata Jemaah Menteri telah memutuskan agar bangunan Parlimen yang baru dibina di Putrajaya manakala bangunan yang lama akan dibaik pulih dan dikekalkan sebagai bangunan warisan.

Beliau juga dilaporkan berkata kos pembinaan bangunan baru Parlimen dijangka menelan belanja RM800 juta manakala RM150 juta pula diperlukan untuk menaik taraf bangunan Parlimen sedia ada. Bagaimanapun, pelbagai pihak termasuk parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA sendiri tidak setuju sebuah bangunan baru -parlimen dibina di Putrajaya.

***Ulasan:
Buat je persidangan kat bangunan lama tu, buat apa nak bazirkan duit rakyat, Apabila ahli parlimen melalui jalan-jalan dlm KL ke Bangunan Parlimen, baru diaorang tahu masalah rakyat....bukan seronok nak bermesyuarat je. Dah nama pun ahli parlimen dan dilantik oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat. Bukan rakyat lantik korang perabiskan duit rakyat...(aik, emosi la plak.)

Ministry, merchants reach accord on licensing

Ectract from The Star Online

Thursday June 17, 2010
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry and Federation of Sundry Goods Merchants Association have reached a consensus on a single licensing system from July 1 to sell six essential items. Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the six items were flour, cooking oil, sugar, fuel, diesel and gas.

***Remaks:
When the problem arise, they will do like that and like this. why they did not think all of that before ??
(semenjak dua menjak ni dok speaking la plak :))

Wednesday, June 16, 2010

Apa Pendapat Anda?

Apa pendapat anda 20,30 atau 40 tahun daripada sekarang, Kalau budak pompuan ni dia jadi isteri orang, tension dak laki dia, kalau dia jadi mak, tension dak anak-anak dia...ye la asyik beleter 24 jam. Walau bagaimanapun ibubapa yang mempunyai anak ini cukup bertuah.....ibubapa mana tak sayangkan anak.....cuma anak saja tak tahan dileteri oleh ibu....walaupun leteran itu untuk kebaikan mereka. Renung-renungkan.

Strong quakes hit off Indonesia's Papua

Ectract From The Star Online

JAKARTA (Reuters) - A series of quakes struck off Indonesia's Papua province on Wednesday within a few minutes of each other, the U.S. Geological Survey (USGS) said, but there were no reports of casualties.

A 6.4 magnitude quake was followed 10 minutes later by a 7.0 magnitude quake, USGS said. A third quake struck a little later, with a magnitude of 6.3.

Indonesia's meteorological agency said the quakes occurred 114 kilometres (70.84 miles) southeast of Biak, in Papua, at a depth of 10 kilometres, and issued a tsunami warning after the second quake.

The National Disaster Mitigation Agency's spokesman, Priyadi Kardono, said there were no reports of casualties from the area. Kardono said he was still awaiting updates after the second quake.

***Remarks:
When the human do the wrong thing, this disaster will happen to remind the human kind.(cakap omputih plak)

Remaja Perempuan Semakin Ramai Merokok


Menurut kajian yang dilakukan oleh Kem. Kesihatan sudah ramai remaja perempuan yang merokok di negara ini, malah jumlahnya semakin banyak dalam tempoh yang singkat.

***Ulasan :
Begini lah jadinya apabila ibubapa tak sempat mengawal pergaulan anak-anak. Apabila keseronokan yang melampau yang diberi. Anak-anak akan semakin ketagih dengan keseronokan walaupun realiti kesudahannya mereka sudah mengetahuinya. Malah anak-anak zaman sekarang, sudah lama terdedah kepada keseronokan yang tidak ada kawalannya.

Petikan dari Blog Che Det Ex-Prime Minister

1. After the forum held by the University of Malaya to discuss the book by Barry Wain entitled "Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times", during which I was condemned for all kinds of misdeeds, many have asked me to sue the author. In fact even before the book was allowed to be sold in Malaysia, many who took exception to Barry Wain's vilification of my stint as the Prime Minister of Malaysia, many, including the Press have asked me to sue the author.

2. My view is that a politician must accept all the opinions for or against him as normal. They go with the job.

3. I am leery of politicians who sue their critics. I suspect that what they want is to make the issue sub-judice so as to prevent the critics from attacking them on the issue. This is a cowardly move and in fact proves that the criticisms are fully justified.
4. A politician who is convinced of his own integrity and innocence should be able to fend off the attacks by proving that they have no basis in fact. It is up to the people, after hearing both sides to decide on the matter. Shutting the mouth of the critics by abusing the authority of the court of law is no better than Governments which censor or shut down papers which are critical of them. Those who resort to this trick to shut the mouths of their critics are in fact showing the kind of leader they would make if they come to power.

5. Malaysians should be discerning enough to recognise such politicians who are fond of accusing others of misdeeds but who are in fact already abusing whatever little power they may have at their disposal.

6. Barry Wain and his people can say what they like. The people in this country can decide whether it is just arrogance or whether their accusations are what they say they are. I will have my say if I think it necessary.


***Ulasan:
Jadi usahlah disekat akhbar2 pembangkang. Biarlah rakyat sendiri yang menilainya.
Kalau bagai dikata.....kan kita mesti open minded. Pinjam kata2 seorang teman "bukan kita sorang hidup dalam dunia ni".

Rakyat Malaysia Pun Akan Jadi Begitu Jika Tinggal Agama

Berita Harian Metro
SEOUL: Jualan kondom di Korea Selatan melonjak lima kali ganda selepas penyokong meraikan kemenangan pasukan bola sepak mereka sewaktu menentang Greece pada perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Kira-kira sejuta penyokong berbaju merah di seluruh negara itu, termasuk 200,000 di Seoul, memenuhi pusat perniagaan, stadium dan taman tema, Sabtu lalu untuk menyokong pasukan mereka yang menang 2-0 ke atas juara Euro 2004, Greece.....nak baca lagi buka sendiri harian metro 15hb Jun 2010.

***ulasan :
Malaysia pun dah jadi macam tu... Orang lain yang lawan bola sepak. Rakyat Malaysia pula yang terloncat-loncat lebih.

Surat Jemputan Dah Dapat Utk Menghadiri Seminar BA Antarabangsa




Kawan-kawan yang berminat boleh contact kat alamat berikut:-http://seminarnilampuri.blogspot.com/

Diskusi Ilmu

Dah lama rasanya tak pergi mana-mana majlis Diskusi Ilmu. Dah hampir 2 tahun rasanya semenjak sibuk dengan sambung MA ni. Teringin pulak nak pergi ke majlis yang satu ni....jom kawan2.

Tuesday, June 15, 2010

Akhirnya tercipta juga templet baru

Akhirnya setelah klik sana, kluk sini, tercipta juga background baru. Rasa puas hati sangat-sangat.Walaupun tak secantik mana tapi tetap rasa puas hati.

Cuti sekolah dah nak habis...






Monday, June 14, 2010

background blog

Assalamualaikum...

Ada ka sapa-sapa boleh bagitau cara-cara nak ubah background blog....blog orang cantik-cantik ja....blog sendiri old fesyen.....:))

Wajarkah saman ekor dikenakan?

Tadi saja check saman polis, ada juga kena saman speed trap. Yang menjadi persoalannya, tempat yang kita lalui tu, tak pernah pun lalu sebelum ni, cuma mungkin sekali je lalu..tu pun ketika melancong agaknya, rasa-rasa la, sebab tempat kena saman tu pulak nun jauh kat negeri di pantai timur. Mana kita nak tahu jalan-jalan tersebut. Dah tu tak pernah pulak dapat sebarang surat saman. Dah tu tak tahu berapa kelajuan tersebut, Time jalan-jalan masa melancong ni mana ada bawa laju-laju. Selalu bawa 80km je tu pun kat highway je. kalau kat jalan federal tak pernah lebih 70km, Itupun kalau jalan luas dan elok. Kalau setakat jalan kampung tak tahulah pulak ada polis jaga. Tapi jalan kampung setakat 30km pun dah kira laju dah. ish, ish memang tak patut. konpius-konpius. Bukan tak mahu bayar saman.....tapi rasa macam teraniaya je. memang tak puas hati sebab kena saman tak tahu kat mana.....yang heran mat-mat rempit, kaki-kaki lumba kereta tak pula kena saman ye..? Bagaimana pendapat kawan-kawan ?

Thursday, May 13, 2010

Berhati-hati ketika membeli buku kanak-kanak


Ibubapa yang ingin membeli buku untuk bahan bacaan anak-anak perlulah meneliti dahulu buku-buku tersebut

Wednesday, May 12, 2010

Kenapa Kita Mesti Menulis?

Sekarang saya cuba untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan, tapi masih tercari-cari penulisan jenis apa yang hendak ditulis, novel kah, ilmiah kah, bahasa kah? Tapi berat kepada menulis bahan-bahan ilmiah terutama dalam bahasa Arab, tapi tak tahu pula nak mula daripada mana....rupanya susah juga nak jadi penulis ni. Nak masuk kursus menulis pun, masa pula memang tak ada. Nak ambil cuti pun kadang-kadang kursus yang dianjurkan tak sesuai dengan kita. Hai nampak gayanya lambat lagilah nak boleh keluar buku hasil sendiri ni....

Sunday, May 9, 2010

Sejauh manakah pengaruh ibubapa dalam kehidupan anak?

Adakah anda masih ingat permainan ini?

Benarkah kadar jenayah di Malaysia semakin menurun?

Setiap hari kita melihat dalam akhbar, berbagai jenis jenayah berlaku dan berbagai ragam jenayah yang terjadi, seolah-olah berputar menunggu giliran. Pernahkah kita fikirkan itulah hakikatnya amaran Allah kepada manusia-manusia yang masih belum sedar kesan dari mengabaikan hukum agama dalam kehidupan. Manakala TV jauh sekali menyiarkan amaran-amaran Allah ini. Pernahkah kita terfikir pengaruh TV telah meresap jauh ke dalam hati dan sanubari manusia ? Bukankah Malaysia sebagai sebuah negara Islam kita perlu menonjolkan nilai-nilai keislaman tersebut? Marilah kita fikir-fikirkan.

Monday, April 26, 2010

Tiada ibubapa yang suka anak mereka ponteng sekolah

Ceria-ceriakan hidup kita

بيت الطلبة - Asrama

Dedikasi - maknanya bersungguh-sungguh

الطالب يجنهد فى الدراسته

Adakah Perlu Cuti untuk Sambung Belajar


Sambung belajar ni memang memenatkan, lebih-lebih lagi jika kita buat part time. Kalau dapat cuti dan gaji pulak jalan ok lah sikit. Tapi kalau bab terpaksa membahagikan masa tu yang menjadi berat tu. Ni baru buat master kalau buat PHD entahlah.

Sunday, March 28, 2010

Empat strategi tangani isu pembuangan bayi

PETALING JAYA 28 Mac — Empat strategi — advokasi, pencegahan, sokongan dan penyelidikan akan digunapakai bagi menangani isu pembuangan bayi yang dilaporkan berleluasa sejak kebelakangan ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, kementerian akan mengadakan perbincangan dengan semua agensi yang terlibat bagi melaksanakan strategi itu dalam isu pembuangan bayi.

"Advokasi tentang institusi keluarga diperlukan untuk mengatasi pengabaian, penderaan dan pembuangan kanak-kanak dan perbuatan tersebut dianggap sudah bukan lagi budaya rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri “Karnival Utamakan Keluarga : Sehati, Sejiwa Untuk Keluarga” di sini, hari ini.

Katanya, strategi pencegahan juga perlu bagi memberikan kefahaman terhadap ilmu agama dan kesan terhadap seks bebas.

Beliau berkata, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi mengetengahkan kurikulum kepada semua remaja perempuan terhadap hubungan intim dan kesannya secara ilmiah.

Shahrizat turut menasihati golongan muda supaya mendalami ilmu dan berpegang kepada ajaran agama supaya tidak terus hanyut dengan nafsu muda. - Bernama

Apa Pendapat Anda??


Zolkharnain Abidin


Perkasa mengusulkan supaya PAS dan Umno berbincang untuk menjaga kepentingan Melayu.

Maksudnya, bagi Perkasa selama negara ini diperintah Umno (BN), Melayu tidak terbela. Umno memerlukan PAS bersamanya, barulah Melayu terbela mengikut perlembagaan.

Sekali pandang cadangan ini macam bagus. Tapi kalau pandang kali kedua, cadangan ini nampak kurang cerdik. Pencadangnya tidak berminda strategik, minda 70 an.

Bagaimana nak bela Melayu? Dengan cium keris atau dengan jadi MP bebas?

Melayu boleh terbela bukan dengan bekerjasama dengan Umno tetapi dengan menumbangkan Umno. Kalau mahu Melayu terbela, PAS tidak perlu berbincang dengan Umno tetapi dengan memperkukuhkan Pakatan Rakat.

Apa yang Umno ada untuk membela Melayu? Umno nak bela Melayu dengan cium keris, beli kapal selam tak boleh selam atau terbang dengan jet tanpa enjin? Dengan gaya hidup penjajah, dengan gelumangan rasuah atau dengan politik ‘boleh apa sahaja’?

Melayu terbela dengan keadilan, kebertanggungjawaban dan ketelusan. Meletak harapan kepada Najib dengan Rosmah untuk membela Melayu sama seperti meletak harapan kepada memerang untuk mengawal kolam ikan keli.



Zolkharnain Abidin Orang Melayu ada al-Quran, tetapi itu diketepikan. Selama Umno berkuasa, pernahkah Umno melayan al-Quran melebihi layanannya sekadar memusabaqahkan kitab suci itu?

Umno bising apabila ada pemimpin PR yang baca al-Quran dalam ceramah, tetapi pernahkah Umno bising terhadap remaja yang tidak pernah baca al-Quran dimana-mana?

Daripada berkering tekak berkeriyau berteriak soal membela Melayu, lebih baik berhabis-habisan berfikir membela Islam. Bukan Islam acuan Umno tetapi Islam wahyuan Ilahi.

Mengapa perlu berpusing kepala berbimbang negara ini jatuh ke tangan Cina atau India? Apa masalahnya dengan Cina dan India? Adakah Melayu lebih mulia daripada Cina dan India? Kalau Cina dan India mampu mengembangkan Islam di negara ini, mengapa orang Melayu perlu bersusah hati?

Kalau Cina dan India lebih berpegang dengan Islam, biarkan mereka memerintah negara ini berbanding negara ini diperintah oleh Melayu jika Islamnya entah kemana.

Kalau di zaman Abdullah ada juga bunyi Islamnya walau pun Islam Hadhari, namun zaman Najib, bunyi Islamnya pun sudah lenyap.

Betulkah jika negara ini jatuh ke tangan India dan Cina, orang Melayu merempat? Malaysia akan jadi macam Singapura? Umno jangan lupa bahawa Singapura jadi begitu angkara Umno, angkara Melayu Umno. Umno lupa?


- Petikan daripada Harakahdaily.net






******* RENUNG DAN FIKIRKAN ********

Wednesday, March 10, 2010

Sekarang Banyak Cerita Mengarut

Baca paper, baca blog, baca hak nu, baca hak ni, sat-sat dua tiga hari, bertukaq pula statment, sat macam tu sat macam ni....hak mana satu betoi ni?? Itulah kata-kata sesetengah orang....betoi dak? maih kita bincang.

Sunday, February 21, 2010

Proses kehakiman negara banyak tidak kena


KUALA TERENGGANU, 20 Feb: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara ini sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar memprotes.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang semasa bercakap kepada media selepas merasmikan Himpunan Pemuda Islam Kawasan Kuala Terengganu (Pemikat) 2010 di sini, semalam berkata, situasi itu mesti diperbetulkan supaya proses keadilan wujud.

Begitupun, beliau bukan ‘menyelar’ tetapi tidak bersetuju terhadap campur tangan asing dalam sebuah negara berdaulat di atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa.

Berikut ialah jawaban beliau kepada soalan pihak media.

Wartawan: Dalam isu campur tangan asing, apakah pandangan PAS. Sebab, ada pihak yang membantah campur tangan tersebut?

Abdul Hadi: Pertama, PAS sebagai sebuah parti Islam dari segi dalaman PAS mahu proses kehakiman berlaku dengan adil dan baik, khususnya mengikut konsep Islam itu sendiri yang perlu diberi hak kepada orang yang dituduh, hakim dan yang menuduh. Semua pihak mempunyai perhitungan dosa dan pahala, bukan sahaja undang-undang yang lahir undang-undang Barat. Sekiranya, masalah ini tidak selesai di atas dunia ini dengan betul, Tuhan akan selesai juga di hari kiamat. Saya beri peringatan kepada semua pihaklah. Sebab itulah, dalam Islam ini ada undang-undang hudud yang termasuk di dalamnya undang-undang qazaf, dengan saksi-saksi yang betul, yang cukup jumlahnya empat orang saksi, yang budiman, yang beriman dan berakhlak. Hakim pula mestilah orang yang beriman dan bertaqwa.

Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia mahu negara kita sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlu kepada campur tangan asing, apa lagi dari negara-negara barat, negara yang bukan Islam. Campur tangan ini mungkin kerana ada tempat-tempat yang boleh ditembusi oleh campur tangan asing. Saya merasakan sekiranya kita berlaku dengan adil mengikut konsep yang tepat, ada kehebatan kita dan pihak asing tidak berani hendak campur. Ini mungkin kerana ada kelemahan-kelemahan yang memberi ruang kepada pihak asing hendak campur tangan. Dengan sebab itu, kita perlu memperhebatkan kehakiman kita sendiri dan sistem kita sendiri supaya disegani oleh semua pihak termasuk pihak asing.

Jadi, pada pandangan Datuk Seri, campur tangan asing itu tidak bolehlah?

Campur tangan tidak boleh tetapi dari dalaman sendiri mesti perbaiki, mesti ada kehebatan. Ini kerana, apa yang berlaku hari ini timbul krisis ‘keyakinan’ terhadap sistem kehakiman. Dengan sebab itu, selesaikan krisis keyakinan ini dahulu. Barulah kita ada kehebatan. Jika tidak, hilang kehebatan kita.

Jadi, PAS sendiri melihat sistem kehakiman kita tidak berjalan lancar dan dipengaruhi?

Sistem kehakiman kita masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, di bawah mereka yang ada kepentingan politik dan tidak ada pemisahan kuasa di antara ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’. Pemisahan kuasa itu tidak berlaku, sudah jadi bercelaru dan ini yang menyebabkan hilang keyakinan. Dengan sebab itu, kita mahu pemisahan kuasa itu berlaku dan barulah kehakiman itu ada kewibawaan dan ada kehebatan.

Maksud Dauk Seri, ada campur tangan dalam ‘legislatif, eksekutif dan kehakiman’ dan menyebabkan krisis?

Ya, krisis, krisis keyakinan yang berlaku.

Jadi, maksudnya badan kehakiman mesti jadi badan bebas dan tidak dipengaruhi?

Ya, bebas dan pemisahan kuasa itu ada, dengan sebab itu, kehakiman patut diletak di bawah Parlimen secara langsung atau di bawah Majlis Raja-Raja Melayu, supaya yang disebut Raja Berperlembagaan itu dipraktikkan dengan cara yang tepat.

Datuk Seri, ekoran campur tangan Australia, ada kemungkinan atau tidak PAS mengambil langkah membuat bantahan?

Itu kita belum lagi membuat keputusan dan kita kena kaji dahulu, kita lihatlah. Sebabnya, dalam masa yang sama kita rasa malu nak bantah orang campur tangan jika kita sendiri, tangan, jika kita sendiri ada keaiban. Cara yang lebih berkesan ialah kita memperbaiki diri kelemahan kita sendiri. Itu cara yang tepat. Dan kita kena siasat secara adil terhadap diri kita sendiri. Sebabnya, Islam mengharamkan kita membela kezaliman walau pun dari kalangan puak kita sendiri, negara kita sendiri. Konsep keadilan Islam adalah sejagat.

Datuk Seri, tadi kata kita rasa malu sebab ada keaiban. Apa yang dimaksudkan dengan keaiban itu?

Keaibannya ialah kita melihat tidak ada pemisahan kuasa di antara semua pihak iaitu ‘legislatif, eksekutif dan judiciary’ dan Nabi kita Muhammad s.a.w. sendiri mengajar kita pemisahan kuasa ini dalam kes yang banyak dan dalam yang mengaibkan diri Nabi sendiri. Di mana Nabi s.a.w. tidak menggunakan kuasa dia tetapi dia melantik hakim untuk menyelesaikan masalah dia sendiri. Dan hakim itu diberi hak untuk menghukum jika dia salah. - Harakahdaily

* Tok Guru Nik Aziz jarang bagi bola lambung buat Umno sebaliknya umpan demi umpan.

Kenapa Diam ?

SIS dan liberalisme?
Awang tertarik dengan kenyataan Mufti Perak, Harussani Zakaria yang membidas Sisters in Islam (SIS) kerana dikatakan menolak hukum Allah. Teguran itu dibuat berikutan reaksi SIS yang menyifatkan tindakan merotan tiga wanita Islam atas kesalahan melakukan persetubuhan haram sebagai diskriminasi terhadap wanita.

Pertubuhan bukan kerajaan itu mendakwa hukuman sebat mencabuli hak sama rata. Menurut SIS, tidak sepatutnya berlaku diskriminasi seperti yang dijamin oleh Perlembagaan kerana wanita tidak boleh disebat menurut Seksyen 289, Akta Kanun Jenayah.

Bukanlah niat Awang untuk memihak kepada sesiapa. Teguran Harussani sebagai seorang ulama yang disegani, ada kewajarannya dan perlu dihormati.

Ketiga-tiga wanita yang menjalani hukuman sebat baru-baru ini adalah di bawah perundangan syariah dan bukannya sivil, yang hakikat tersebut mesti difahami. Ia sudah termaktub dalam Islam, jadi untuk apa dipersoalkan oleh NGO yang mendakwa menjaga kepentingan Islam.

Berdasarkan sesi-sesi penerangan berkaitan kaedah hukuman sebat mengikut syariah ke atas pesalah wanita, pelaksanaan sebatan tidaklah seberat mana dan cukup sederhana. Lengkap berpakaian dan tiada pun kesan luka pada badan pesalah.

Lagi pun, untuk apa menjadikan ia isu besar sedangkan ketiga-tiga wanita berkenaan reda, malah lebih suka menjalani hukuman sebat sebagai sebahagian daripada usaha menyucikan dosa.

Dalam Awang mendokong Islam yang progresif dan menghargai sedikit sebanyak sumbangan SIS namun diharap NGO itu dapat menilai diri sendiri, hala tuju dan relevansinya kepada kepentingan sebenar umat Islam. Makin banyak suara yang marah dan kecewa terhadap SIS. Ini berdasarkan pendiriannya dalam beberapa isu kritikal yang dilihat tidak selari dengan hukum-hakam Islam.

NGO itu juga perlu belajar mendengar pandangan pelbagai pihak dan jangan menganggap mereka sahaja di pihak yang benar. Persoalan yang berbangkit apakah yang SIS perjuangkan - Islam, feminisme Islam atau liberalisme?

Walaupun bukan pakar, Awang memahami sejarah feminisme Islam dunia termasuk pemikiran Profesor Dr. Aminah Wadud, Dr. Fatima Mernisi dan Amira Sonbol. Antara yang kerap dibangkitkan ialah berkaitan tafsiran semula ayat-ayat Al-Quran dan hadis dari sudut 'kepentingan' wanita. Beberapa tokoh feminisme lain turut mempersoalkan hal-hal fundamental dalam Islam termasuk tafsiran klasik dan teks wahyu yang dianggap kononnya memihak kepada ulama dan kaum lelaki. Semua ini jelas menampakkan aliran liberalisme.

Apakah SIS mahu terjebak dengan liberalisme, yang Awang harap tidak. Tetapi jika mahu menegakkan liberalisme mengatasi kepentingan Islam, gugurkan sahaja perkataan Islam pada nama pertubuhan itu.

Ketika umat Islam kian berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk perpecahan dan kebejatan sosial, adalah lebih baik SIS mengambil pendekatan mengadakan dialog tertutup jika tidak berpuas hati. Mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan Islam, hanya akan memberi implikasi buruk.

Sesungguhnya Awang juga ingin melihat peranan SIS dalam membantu wanita dan gadis Islam yang terjebak dengan masalah sosial seperti kes buang bayi dan seks bebas, yang kian membimbangkan. Daripada mereka banyak bercakap, apa salahnya SIS lebih berorientasikan tindakan di peringkat akar umbi.

Selain SIS, beberapa NGO lain termasuk berkaitan gender dan hak asasi (kebanyakannya bukan Islam), Majlis Peguam dan pemimpin PKR, Zaid Ibrahim turut membantah hukuman tersebut. Ada yang berpendapat tidak wajar diwujudkan sistem perundangan yang pelbagai. Pertanyaan Awang, apakah tidak boleh dilaksanakan hukuman syariah bagi umat Islam di negara ini sedangkan Islam adalah agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan? Mungkinkah bantahan ini juga ada motif lain, yang didorong terhadap kebimbangan undang-undang syariah akan lebih subur di negara ini? Awang tidak pasti hal itu tetapi yang lebih pasti SIS perlu lebih menjaga sensitiviti umat Islam. - Utusan

* Senyap seribu bahasa pula majlis fatwa kebangsaan.

Siapa Pelampau ?

KP Jakim: Pihak pertikai hukuman sebat pelampau
KUALA LUMPUR, Feb 21 – Pihak-pihak yang menentang undang-undang syariah yang memperuntukkan hukuman sebatan khususnya terhadap kaum wanita, yang menjadi polemik sekarang, merupakan golongan pelampau, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abd. Aziz.

“Soalnya, jika isu begini dimulakan oleh orang yang jahil kita boleh faham, tetapi kalau ia dibawa oleh orang undang-undang atau syariah ini satu keganjilan yang besar.

“Sebab itu saya kata orang yang menentang ini sebagai pelampau,” kata beliau dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia disiarkan hari ini.

Wan Mohamad berkata, undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 yang digazetkan pada 1986.

Menurut beliau, ia memperuntukan hukuman maksimum enam sebatan, tiga tahun penjara atau denda RM5,000.

Setakat ini menurut beliau, seramai 10 lelaki dan tiga wanita telah dihukum sebatan syariah iaitu tujuh kes di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Selangor, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan (lima) dan Penjara Penor, Pahang (satu).

Oleh itu kata beliau, tidak wajar mempersalahkan Mahkamah Syariah ataupun mempertikaikan keputusan hakim sebab tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali.

“Yang jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang,” katanya.

Wan Mohamad juga berkata dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat lebih 10 rotan.

“Ini berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: Janganlah disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada had-had (hudud) Allah.

“Namun, saya pelik apabila ada ahli undang-undang sendiri yang pertikaikan perkara ini. Seolah-olah mereka tidak iktiraf akta ini.

“Sepatutnya mereka termasuk Majlis Peguam kena didik masyarakat agar memahami perkara ini,” katanya lagi.

Mengenai isu bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Sukharnor yang dihukum sebat oleh mahkamah pada Julai lalu tetapi belum disebat sehingga sekarang, Wan Mohamad menjelaskan ia terletak di bawah bidang kuasa negeri.

“Ia tertakluk kepada pihak berkuasa negeri untuk memutuskan perkara tersebut,” katanya.

Menjawab soalan dalam Islam minum arak dihukum sebat 40 kali tetapi mengapa pesalah hanya dihukum sebat enam kali, Ketua Pengarah Jakim menjelaskan, dalam konteks Malaysia Mahkamah Syariah terikat dengan bidang kuasa yang diberikan oleh Parlimen.

Beliau juga ditanya mengapa hukuman sebat tidak dilakukan di hadapan khalayak.

Jelas Wan Mohamad, umumnya undang-undang tentang keseksaan dalam sistem perundangan negara didasari oleh beberapa tujuan dan dari segi Islam ia adalah untuk menegakkan keadilan dan juga menjaga kepentingan umum.

Di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah, kata beliau, orang ramai tidak dibenarkan menyaksikan pelaksanaan hukuman disebat.

“Kita dapati kalau hukum secara Islam dan benar-benar mengikuti syarak, pesalah akan insaf dan tidak mengulanginya.

“Realiti pelaksanaan sebat bagi kes syariah ia mesti dilaksanakan di dalam penjara. Ia mengikut seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah no. 8 Tahun 2002. Orang ramai tidak dibenar menyaksikannya.

Menurut Wan Mohamad, hukuman sebat ini terbahagi dua iaitu dalam masalah hudud dan takzir di mana hudud wajib dilaksana mengikut ketentuan Allah manakala takzir pula bermaksud dera yang menjadi pengajaran. Jumlahnya ditentukan oleh pemerintah.

Semalam Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata beliau menghormati hukuman sebatan di bawah undang-undang syariah tetapi berpendapat Islam juga membolehkan pendekatan pemulihan dan kaunseling.

“Salah tetap salah tetapi ada banyak cara untuk menangani isu ini termasuk pemulihan dan kaunseling,” kata Shahrizat.

Ketua Wanita Umno itu mengakui hakim-hakim Mahkamah Syariah mempunyai budi bicara untuk mengenakan hukuman disebat tetapi menekankan, merotan wanita adalah isu sensitif.

Beliau menambah hukuman sebatan juga memberi ruang kepada mereka yang mengambil kesempatan dengan mendakwa kaum wanita di negara ini tiada suara.

Sisters in Islam (SIS) membidas tindakan Jabatan Penjara melaksanakan hukuman sebatan ke atas tiga wanita Islam berhubung kesalahan mengadakan seks haram dengan menganggapnya sebagai satu diskriminasi terhadap kaum wanita.

SIS berpendapat melaksanakan hukuman sebatan ke atas mereka tindakan itu secara tidak langsung menggambarkan yang kerajaan cuba menyembunyikan layanan tidak adil dan memalukan ini daripada pengetahuan orang ramai.

Pada Rabu lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata tiga orang wanita Islam telah menjalani hukuman disebat, menjadikan yang pertama menjalani hukuman ini di bawah undang-undang Syariah.

Hukuman dijalankan di Penjara Kajang Feb 9 lalu.

Tiga pesalah wanita itu bersama empat lagi pesalah lelaki dihukum sebat mengikut Seksyen 23(2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Persetubuhan Haram) yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara Disember 2009 hingga bulan lalu.

Langkah melaksanakan hukuman sebatan ke atas wanita mencetuskan kontroversi tahun lalu selepas Kartika yang dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada Julai 20 lalu setelah mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada Julai 11 2008.

Majlis Peguam juga terkejut dan kecewa dengan kenyataan bahawa tiga wanita Islam telah menjalani hukuman sebatan yang dikendalikan oleh Penjara Kajang. - www.themalaysianinsider.com

** Dah nama anti Islam

Wednesday, February 10, 2010

Daftar Link Download Kitab Islam Berbahasa Arab

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakatuh..

berikut ini link download kitab islam berbahasa arab.. kitab yang ada trmasuk kitab rujukan utama di bidang fiqih, hadits, tafsir, aqidah, dan sebagainya juga beberapa kitab kalangan ulama masa kini.. semoga bermanfaat..

- http://www.sahab.net/home/index.php?site=book

- http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook.shtml

- http://www.muqbel.net/files.php

- http://www.binbaz.org.sa/books/list Read the rest

Tips P&P Pembelajaran Bahasa Arab

Pertanyaan : Ustaz ! Pelajar saya ramai gagal dalam imtihan, bagaimanakah saya hendak pelajar sekolah saya cemerlang Bahasa Arab?

Jawapan:

1. Sabar dan redha atas ketentuanNya. Tidak berputus asa dengan rahmatNya .
2. BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR untuk sentiasa berjaya. Terutama guru sebagai nakhoda yang mengendalikan bahtera kelas bahasa arab ini. Jika kita gagal dan malas berfikir untuk mencari jalan dan kaedah bagi memajukan anak didik kita maka gagallah kita.
3. BIJAK mengurus sumber yang ada. Guru mesti bijak menarik perhatian murid utk belajar subjek mereka . Ini dapat dicapainya antaranya dengan penguasaan pedagogi , Kemahiran komunikasi yang tinggi dan kemahiran perhubungan perorangan ( interpersonal) dan penampilan diri yang berkesan oleh guru. Guru mesti bijak menggunakan khidmat rakan yang berkemahiran untuk membantu kerja mereka. Guru mesti bijak mengatur strategi untuk "berperang" supaya kita tidak gagal dalam usaha meningkatkan pencapaian murid kita contoh tempatkan guru yang diminati para pelajarnya dalam kelas peperiksaan dan elakkan sebaliknya. Guru mesti bijak merangsang dan memotivasikan murid supaya bersama2 gigih memburu kejayaan kerana kemahuan membara dan kegigihan para guru tanpa disambut pelajar sia-sia juga akhirnya. Guru mesti bijak merancang tugasan dan kerja murid mereka kerana kerja rumah dan latihtubi akan banyak memahirkan murid untuk menjawab dengan yakin. Jika perlu buat modul yang sesuai dengan aras dan tahap murid kita.
3. Kemahuan dan komitmen guru sememangnya pra syarat utama kejayaan anak didik kita. Mengikut pengalaman peribadi ... jika kita gigih, murid turut sama menjadi gigih. Jika kita leka mereka juga akan leka. Sentiasa memuhasabah diri samada sesama rakan sejawat atau dengan diri sendiri. Nilai diri mengikut kaca mata atau pandangan murid kita. Bagaimana mereka menilai kita sebenar? Berapa markah dan standard yang diberi untuk kita ? Jika kita meyakini bahawa kita diberi penilaian tinggi oleh murid kita, ini memberi isyarat bahawa kita telah berjaya menguasai pemikiran anak didik kita untuk turut sama memberikan komitmen demi sebuah kejayaan.
4. Selain merancang pastikan kita mempunyai masa yang secukupnya untuk bertindak . Jika terlewat buruk padahnya. Justeru itu penguasaan ict akan banyak membantu guru menjimatkan masa dan seterusnya mmberikan fokus pada kecemerlangan pencapaian murid.

sebenarnya teringat ustaz 6 perkara yang dipesan oleh imam syafie untuk sesorang itu memperolehi ilmu atau mencapai kejayaan dalam usaha antaranya bijak, kemahuan membara, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, kos, bimbingan guru/ rakan, masa yang panjang ( cukup utk bertindak )

Sunday, February 7, 2010

Antara perkataan bahasa arab yang sama dengan bahasa melayu

Alim : عــالم
Ilmu : عـــلم
Iman : إيمـــان
Amal : عمـــل
Izin : إذن
Taat : طاعة
Maksiat : معــصــية
Musafir : مسافـــر
Muhasabah : محاســــبة
Masjid : مســـــجد
Musolla : مصــــلى
Bilal : بـــلال
Wajah : وجـــه
Wasiat : وصـــية
Kuat : قـــوة
Wajib : واجــب
Wakil : وكيــل
Tawakkal : توكــل
Sihat : صـــحة
Sabar : صــبر

Monday, February 1, 2010

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..


KUANTAN - Tanpa disedari, iklan-iklan berbau perkhidmatan seks yang dipercayai bernilai lebih RM1 juta telah tersebar ke seluruh negara dengan sewenang-wenangnya walaupun ia telah diharamkan.
Sekurang-kurangnya 70 iklan perkhidmatan urut dan teman penghibur bagaikan 'dihalalkan' apabila didapati dicetak pada enam helaian muka surat dalam buku panduan telefon iklan dan diedarkan secara percuma sejak pertengahan tahun lalu.

Sebahagian besar iklan tersebut hanya memaparkan nombor telefon bimbit dan bentuk perkhidmatan yang disediakan tanpa menyatakan alamat pejabat yang lengkap, dipercayai bagi mengelak premis operasi mereka dikesan pihak berkuasa.

Malah ada juga yang memaparkan lukisan gadis-gadis dengan aksi yang seksi serta perkataan-perkataan Inggeris yang me narik perhatian pelanggan seperti 'pleasure,' 'young friendly companion,' 'secret' dan 'indoor and outdoor services.'

Wartawan Kosmo! telah menghubungi beberapa talian telefon dalam iklan tersebut dan menerima jawapan daripada individu tertentu yang enggan menyatakan alamat pejabat operasi mereka. Individu itu meminta dihubungi semula selepas me nyewa mana-mana bilik hotel di ibu negara.

Sumber-sumber industri pengiklanan memberitahu, iklan seumpama itu memberi pendapatan lumayan kepada penerbit buku panduan iklan kerana para pelanggan sanggup membayar sehingga RM200,000 bagi siaran iklan satu muka surat penuh.

Dalam pada itu, percaya atau tidak dengan hanya satu panggilan, gadis urut dan penghibur seks akan mengetuk pintu rumah atau hotel di mana anda menginap.

Namun, itulah perkhidmatan 'istimewa' yang anda peroleh sekiranya mendail sebahagian daripada nombor tertera pada iklan perkhidmatan urut dan hiburan dalam buku panduan iklan tertentu di pasaran.

Melalui iklan itu, sebagai pelanggan, anda juga boleh memilih gadis tempatan dan luar negara berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun sebelum mereka dihantar ke hotel atau rumah di sekitar ibu negara.

Malah perkhidmatan tersebut juga disediakan di beberapa bandar utama di negara ini termasuk Johor Bahru dan Pulau Pinang selain destinasi pelancongan Pulau Langkawi.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

Perlukah BPR menyamar ?

- Perlukah BPR menyamar untuk mengetahui samada tester-tester JPJ ada menerima rasuah atau tidak?

- Kenapa indeks rasuah di Malaysia semakin meningkat?

Keperluan Bahasa Arab

Kenapa kita perlu mempelajari Bahasa Arab ??
Bahasa Arab adalah bahasa syurga, bahasa Al-Quran, Bahasa Nabi Muhammad s.a.w.
Ramai rakyat Malaysia boleh membaca al- Quran tetapi kenapa mereka tak faham apa-apa pun.....mari kita renung.....apakah puncanya???
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger