Wednesday, February 10, 2010

Tips P&P Pembelajaran Bahasa Arab

Pertanyaan : Ustaz ! Pelajar saya ramai gagal dalam imtihan, bagaimanakah saya hendak pelajar sekolah saya cemerlang Bahasa Arab?

Jawapan:

1. Sabar dan redha atas ketentuanNya. Tidak berputus asa dengan rahmatNya .
2. BERFIKIR, BERFIKIR DAN TERUS BERFIKIR untuk sentiasa berjaya. Terutama guru sebagai nakhoda yang mengendalikan bahtera kelas bahasa arab ini. Jika kita gagal dan malas berfikir untuk mencari jalan dan kaedah bagi memajukan anak didik kita maka gagallah kita.
3. BIJAK mengurus sumber yang ada. Guru mesti bijak menarik perhatian murid utk belajar subjek mereka . Ini dapat dicapainya antaranya dengan penguasaan pedagogi , Kemahiran komunikasi yang tinggi dan kemahiran perhubungan perorangan ( interpersonal) dan penampilan diri yang berkesan oleh guru. Guru mesti bijak menggunakan khidmat rakan yang berkemahiran untuk membantu kerja mereka. Guru mesti bijak mengatur strategi untuk "berperang" supaya kita tidak gagal dalam usaha meningkatkan pencapaian murid kita contoh tempatkan guru yang diminati para pelajarnya dalam kelas peperiksaan dan elakkan sebaliknya. Guru mesti bijak merangsang dan memotivasikan murid supaya bersama2 gigih memburu kejayaan kerana kemahuan membara dan kegigihan para guru tanpa disambut pelajar sia-sia juga akhirnya. Guru mesti bijak merancang tugasan dan kerja murid mereka kerana kerja rumah dan latihtubi akan banyak memahirkan murid untuk menjawab dengan yakin. Jika perlu buat modul yang sesuai dengan aras dan tahap murid kita.
3. Kemahuan dan komitmen guru sememangnya pra syarat utama kejayaan anak didik kita. Mengikut pengalaman peribadi ... jika kita gigih, murid turut sama menjadi gigih. Jika kita leka mereka juga akan leka. Sentiasa memuhasabah diri samada sesama rakan sejawat atau dengan diri sendiri. Nilai diri mengikut kaca mata atau pandangan murid kita. Bagaimana mereka menilai kita sebenar? Berapa markah dan standard yang diberi untuk kita ? Jika kita meyakini bahawa kita diberi penilaian tinggi oleh murid kita, ini memberi isyarat bahawa kita telah berjaya menguasai pemikiran anak didik kita untuk turut sama memberikan komitmen demi sebuah kejayaan.
4. Selain merancang pastikan kita mempunyai masa yang secukupnya untuk bertindak . Jika terlewat buruk padahnya. Justeru itu penguasaan ict akan banyak membantu guru menjimatkan masa dan seterusnya mmberikan fokus pada kecemerlangan pencapaian murid.

sebenarnya teringat ustaz 6 perkara yang dipesan oleh imam syafie untuk sesorang itu memperolehi ilmu atau mencapai kejayaan dalam usaha antaranya bijak, kemahuan membara, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, kos, bimbingan guru/ rakan, masa yang panjang ( cukup utk bertindak )

No comments:

Post a Comment

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger