Monday, August 31, 2009

Harga Bateri Kereta Semakin Mahal



Pagi ni, kereta aku problem lagi. Rupa-rupanya tanpa aku sedari bateri kereta aku dah dua tahun lebih tak tukar. Hai nampaknya RM akan terbang lagi. Tapi kenapa harga bateri tahun saban tahun semakin meningkat. Bila aku pergi tanya harga bateri kereta aku yang sememangnya jenis mahal tu....fuiyo ?? mahalnya. Jadi aku pun suruh Cina kedai tu cas dulu, sekurang-kurangnya untuk satu dua bulan ini, lagipun nak raya tak lama lagi, kenalah control budget tak gitu???
:) Kerajaan BN Tak Kawal harga ke ? Menteri-menteri ni buat kerja ke tak????

Apa Nak Jadi Remaja Sekarang




Sah babi punca H1N1




WASHINGTON – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS) mendapati virus baru influenza A (H1N1) yang menyebabkan wabak selesema babi telah tersebar tanpa dikesan sejak beberapa tahun lepas, sebahagian besarnya berpunca daripada babi.

Ketua Bahagian Influenza di pusat tersebut, Dr. Nancy Cox berkata, berdasarkan satu kajian yang dijalankan pihaknya, babi adalah punca jelas yang membawa kepada pandemik tersebut.

‘‘Keputusan kajian itu menunjukkan keperluan global untuk menjalankan pengawasan yang lebih bersistematik berkenaan virus tersebut pada babi,’’ katanya kepada pemberita melalui telefon.

Laporan oleh Cox bersama sekumpulan penyelidik antarabangsa dalam jurnal sains itu menyebut virus berkenaan ‘mungkin telah tersebar tanpa dikesan di kalangan kawanan babi di suatu kawasan di dunia ini’.

Kumpulan penyelidik itu turut mengesahkan campuran gen manusia, babi dan burung dalam virus terbabit yang telah menjangkiti lebih 11,000 orang di 42 buah negara, serta membunuh 86 orang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini hampir mengumumkan status pandemik penuh terhadap virus tersebut.

Penyelidik berkata, campuran gen itu sama seperti campuran pelik lain yang menjangkiti babi, namun ia memang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Mereka turut menyusun secara jujukan kod genetik 70 sampel berasingan virus terbabit yang diperoleh dari AS dan Mexico.

‘‘Kami boleh mengenal pasti dari mana setiap gen itu berasal,’’ kata Cox.

Virus baru itu merupakan satu campuran yang terhasil daripada campuran-campuran lain termasuklah sejenis virus yang ditemui pada 1998 yang mengandungi elemen manusia, burung dan babi.

Ia turut mengandungi sedikit selesema Eurasian termasuk satu segmen yang mempunyai kaitan dengan sampel yang diperoleh daripada seorang pesakit di Hong Kong yang dijangkiti selesema babi pada 1999.

Bagaimanapun, penyelidik berkata, kemunculan campuran baru virus itu masih menjadi satu misteri.

Sembang Pagi


Pagi ini aku tak sabar lagi untuk memuatkan bahan ke dalam blog aku ni.
Tapi langkah pertama aku nak muatkan dulu ialah bahan-bahan berita yang ada untuk tatapan korang semua. Nanti lepas ni barulah aku akaan menukilkan pendapat-pendapat dan idea-idea yang aku rasa bernas daripada aku (Bukan Syarikat BERNAS) yang dah kena jual tu. "Tu kerja UMNO". Maksud aku ialah idea-idea dan tulisan-tulisan aku nanti yang boleh digunakan dan boleh diambil manfaat oleh pembaca blog aku. Oi bukan senang nak perah otak nak mencurah idea oi...... bunyi macam idea nak selesaikan masalah umat dan negara jer....biar betoi.....kah ! kah!

Dunia Akhir Zaman ?



SEBELUM ini, Maizawati, bekas isteri Akhil Hayy pernah beritahu dia tak ada niat nak masuk industri seni. Walaupun ada tawaran yang mahukan dia jadi hos dan model, semuanya ditolak Maiza.

Tapi itu cerita beberapa bulan lalu. Diva fikir, pendirian Maiza kini sudah berubah.

Maiza sekarang sudah jadi model iklan komersial. Minggu lalu, Maiza baru selesai menjalani penggambaran iklan biskut di Kajang, Selangor.

Dalam masa yang sama, Maiza sibuk rakam album. Menurut penerbit albumnya yang dikenali sebagai Zarul, single pertama Maiza akan keluar selepas Aidilfitri nanti. Bertuah jadi orang cantik dan baik macam Maiza. Rezeki datang melimpah-ruah. Tahniah buat Maiza.

Cuma Diva nak pesan, jangan mudah dieksploitasi orang. Diva tak nak nanti Maiza jadi Ina Naim yang kisah peribadinya dijaja di sana-sini kemudian sempat jadi penyanyi tapi akhirnya menyepi.

Bila kita tengah popular, semua orang suka dan berlumba-lumba nak gunakan khidmat kita untuk melariskan produk mereka. Jadi Diva harap Maiza tak terpengaruh sangat dengan godaan duniawi. - Kosmo

http://pinkturtle2.wordpress.com/


Sembang Orang Kulim

Belajar Menulis

30 Ogos 2009

Malam ini, aku cuba-cuba untuk menulis BLOG, tapi aku sendiri tak pasti adakah aku pandai menulis, aku cuba membaca dan membelek-belek blog-blog yang ada seperti Blog Azizi Abdullah dan lain-lain blog yang ada untuk melihat gaya penulisan.. Aku memang minat membaca apa sahaja yang dia (Azizi) cuba tulis. Bahasa yang digunakan cukup mudah. Namun itulah bakat seorang penulis. Rupanya bukan senang nak menjadi seorang penulis. Aku rasa yang penting….kita mesti ikhlas dan berani untuk mengkritik dan bersedia untuk dikritik. Aku juga rasa kita perlu meluahkan apa sahaja yang hendak diluahkan barulah sesuatu idea itu akan muncul dan lancar, Tapi betoi ka pendapat aku ini????

Rasa-rasanya betoi kut, (kata-kata orang Kedah). Tapi topik apa yang aku nak tulis ha? Nak tulis mesti ada tajuk…takan setakat nak tulis macam tu saja. Ni yang payah ni. Nak kupas tajuk bukannya senang. Tapi tajuk apa yang aku suka ha?? Politik ka, bisnes ka, agama ka… hai hak mana satu ha???

Tapi tajuk politik best jugak no, sebab boleh hentam orang. Kah ! kah !. Tapi aku nak bantai sapa??? Aku bukan nya kenai sangat pun tokoh-tokoh politik yang ada sekarang ni. Lagipun mengata orang ni berdosa. Pulak dah…hai memang konpius sungguh nak menulis ni pun. Tak pa la esok aku akan cari satu tajuk untuk mula menulis. Nak masuk tidoq dulu…..esok nak bangun awai nak makan sok (bersahur)…..12.05 pagi.

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger