Monday, August 31, 2009

Sembang Orang Kulim

Belajar Menulis

30 Ogos 2009

Malam ini, aku cuba-cuba untuk menulis BLOG, tapi aku sendiri tak pasti adakah aku pandai menulis, aku cuba membaca dan membelek-belek blog-blog yang ada seperti Blog Azizi Abdullah dan lain-lain blog yang ada untuk melihat gaya penulisan.. Aku memang minat membaca apa sahaja yang dia (Azizi) cuba tulis. Bahasa yang digunakan cukup mudah. Namun itulah bakat seorang penulis. Rupanya bukan senang nak menjadi seorang penulis. Aku rasa yang penting….kita mesti ikhlas dan berani untuk mengkritik dan bersedia untuk dikritik. Aku juga rasa kita perlu meluahkan apa sahaja yang hendak diluahkan barulah sesuatu idea itu akan muncul dan lancar, Tapi betoi ka pendapat aku ini????

Rasa-rasanya betoi kut, (kata-kata orang Kedah). Tapi topik apa yang aku nak tulis ha? Nak tulis mesti ada tajuk…takan setakat nak tulis macam tu saja. Ni yang payah ni. Nak kupas tajuk bukannya senang. Tapi tajuk apa yang aku suka ha?? Politik ka, bisnes ka, agama ka… hai hak mana satu ha???

Tapi tajuk politik best jugak no, sebab boleh hentam orang. Kah ! kah !. Tapi aku nak bantai sapa??? Aku bukan nya kenai sangat pun tokoh-tokoh politik yang ada sekarang ni. Lagipun mengata orang ni berdosa. Pulak dah…hai memang konpius sungguh nak menulis ni pun. Tak pa la esok aku akan cari satu tajuk untuk mula menulis. Nak masuk tidoq dulu…..esok nak bangun awai nak makan sok (bersahur)…..12.05 pagi.

No comments:

Post a Comment

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger