Saturday, September 26, 2009

Adakah Ekonomi Malaysia Semakin Pulih ?


Kalau ditanya kepada peniaga, semua peniaga merungut...tapi tak pernah dengar pun pemilik pasaraya besar seperti GIANT, TESCO, CARFOUR dan berbagai lagi pasaraya besar yang ada merungut.....?? Apa sudah jadi pakar-pakar ekonomi Malaysia??

Pandangan Umum Tentang Politik Malaysia


1- Kerajaan BN Perlu menguruskan isu dalaman UMNO dan MIC secara jujur dan telus
2- UMNO di Terengganu perlu diperbetulkan dulu
3- Kembalikan wang royalti minyak kepada Kerajaan Negeri Kelantan
4- Selesaikan isu PKFZ dengan segera
5- Perbetulkan masalah rasuah yang lebih besar
6- Jangan memburukan pakatan rakyat secara keterlaluan
7- Perlu segera menyelesaikan masalah PERAK
8- Pemimpin UMNO tidak wajar campur tangan dalam politik kaum India
9- Jangan salah menggunakan Media
10-Jangan anggap rakyat boleh diperbodohkan
11-Perbetulkan segala kesilapan dengan meminta maaf
12-Pemimpin-pemimpin jangan terlampau cepat membuat respon
13-Lagi banyak bercakap dan berdengki, semakin nampak kebodohan
14-Lantik pemimpin yang berwibawa
15-Ingatlah rakyat sentiasa menilai anda samada BN atau Pakatan Rakyat

Nak Cari Kereta Peugeot 406 auto



Hai member-member ada sape2 yang korang kenal nak jual kereta peugeot 406 auto macam gambar kat atas . Aku dah cari kat mudah.my tapi nampak harga macam tak real je... Jadi kalau korang ada maklumat dengan harga yang munasabah imform lah kat aku.

Berlalu Sudah Ramadhan

Pejam celik, pejam celik dah seminggu kita beraya. Namun yang pasti ramailah kawan-kawan yang akan membuat rumah terbuka untuk meraikan kawan-kawan sepanjang bulan Syawal ini. Bagi aku, rumah aku setiasa terbuka dan tertutup. Jadi kalau kawan-kawan nak datang, datang saja lah.....Ada makanan aku jamu, Kalau tak ada, biskut pun kira o.k gak. Yang penting, ziarah menziarahi, tak gitu????

Thursday, September 17, 2009

Pohonlah Rahmat Allah


Janganlah kita menjadi manusia yang malas untuk berdoa kepada Allah, Sesungguhnya Allah itu sentiasa dekat kepada manusia, tetapi manusia itu sendiri yang sombong !

Tuesday, September 15, 2009

Forum-forum Sebegini Semakin Kurang Diadakan, kenapa?



Pada suatu ketika, forum-forum sebegini kerap diadakan di merata-rata tempat. Tapi kini forum-forum sebegini jarang-jarang sekali diadakan, kenapa ??
Hantarkan komen anda !

Macam Letih Puasa Je?






Kan Lebih baik macam ni daripada mengata dan mengumpat. Tak gitu ?

Pendidikan Satu Kerja Mulia


Hai pikior ke bende tu Yop ? Tak cukup lagi ke kuih raya tu??


Hai nampak serius je member kita berdua ni, bincang masalah umat ke? Atau ada plan baru?

Waspada dengan risalah kecil ini




Berhati-hati dengan dengan risalah kecil ini yang cuba mengelirukan umat Islam.

Sunday, September 13, 2009

Wahai Rakyat Indonesia ! Jangan Menyalahkan Rakyat Malaysia Di atas kesalahan orang lain.

Ramai rakyat Malaysia tak tahu apa yang berlaku sekarang di antara Indonesia dan Malaysia adalah berpunca daripada media itu sendiri. Manakala pemerintah pula mengambil peluang untuk glamour, media pula mencari publisiti....tetapi yang untungnya syarikat yang buat iklan. Dan media barat yang berjaya memporak-perandakan hubungan di kalangan negara asia.Tak kira di mana sahaja. Saya bersetuju sepatutnya penerbit di Malaysia lebih prihatin tentang perasaan orang lain. Saya juga tidak bersetuju sesuatu yang tidak Islamik ditonjol-tonjolkan, tak dak faedah pun. Begitu juga pementasan teater asyik cedok hak orang je. Orang yang kerja cari untung memang tak mengaku kesalahan dia. kononnya nak menghidupkan budaya senilah dan apa-apa lagi, padahal budaya orang kah!kah! Memang tak malu penerbit-penerbit yang tak sedar diri ni. Sampai masa baru kou tahu langit tu tinggi ke rendah....

Saturday, September 12, 2009

Hentikan Tayang Filem Indonesia di Tv Malaysia



Saya rasa sudah sampai masanya Malaysia menghentikan tayangan filem-filem dari Indonesia. Tak malu kah tv-tv di Malaysia asyik menayangkan filem-filem dari Indonesia.
Sebab tu rakyat Indonesia mengatakan macam-macam kepada Malaysia..... Kalau orang dah tak sudi dengan kita, kenapa kita masih tak malu menanyangkan filem-filem dari Indonesia. Kenapa tidak adakah penerbit-penerbit dari Malaysia yang mampu menghasilkan filem sendiri?. Setiap hari berbagai filem dari Indonesia ditayangkan di Malaysia....
Fikir-fikirkan lah tv malaysia.......tak malukah????

Thursday, September 10, 2009


Dewan Pemuda PAS hari ini menyelar gabungan NGO wanita dengan label "biadap" apabila mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang jenayah syariah berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Ketua dewan itu Nasrudin Hassan berkata tindakan gabungan pertubuhan hak wanita Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) serta penyokong mereka dianggap menceroboh bidang kuasa pelaksanaan enakmen jenayah syariah.

"Tindakan yang sama juga pernah dilakukan melalui memorandum yang dikemukakan kepada kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh 300 individu dan NGO termasuk menteri-menteri kabinet beragama Islam yang sedang berkhidmat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JAG dalam memorandum bertarikh 25 Ogos lalu menggesa perdana menteri supaya mengambil tindakan segera bagi menilai semula hukuman sebat kerana didakwa melanggar prinsip hak asasi manusia di peringkat antarabangsa.

Gabungan itu disertai beberapa pertubuhan wanita berpengaruh termasuk Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Persatuan Bantuan Wanita (WAO), Sisters In Islam (SIS), All Women Action Society (AWAM) serta Pusat Wanita untuk Perubahan (WCC).

Menurut Nasrudin lagi, dakwaan kononnya model sambilan itu menjadi sasaran juga "fitnah besar terhadap institusi agama, kerana bukan hanya Kartika seorang yang ditangkap dan dijatuhi hukuman sedemikian."

"Pada masa kejadian, selain daripada Kartika, juga telah ditangkap dua orang lain, seorang lelaki dan seorang wanita.

"Kedua-duanya telah dijatuhi hukuman yang sama denda RM5,000 dan enam sebatan, namun mereka telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Pahang," katanya.

Tambahnya, Kartika juga bukanlah satu-satunya wanita yang dijatuhi hukuman sebat, malah Kartika juga bukanlah orang pertama menerima hukuman sedemikian kerana kesalahan mengambil alkohol.

"Di Kelantan seramai enam orang lelaki telah disebat (atas kesalahan minum arak). Tahun 1997 - empat orang, tahun 2001 (seorang), dan 2003 (seorang).

"Hukuman sebatan Syariah terhadap seorang pesalah wanita pernah diputuskan oleh Mahkamah Syariah Johor pada 2000. Namun pesalah berkenaan telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah dan hukuman sebatan telah diketepikan," jelas Nasrudin lagi.

Berbeza dengan tanggapan umum seperti dilaporkan media, beliau malah berkata Jabatan Penjara sudah mempunyai 171 orang tukang sebat, termasuk wanita yang terlatih.

"Kesemua mereka terlatih dalam menyebat secara sivil, syariah dan kanak-kanak," katanya.

Jelasnya lagi, kaedah sebatan berkenaan telah diterima oleh hakim rayuan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Muhammad Asri Abdullah.

* Siapa punca orang lain tidak menghormati agama Islam???

Wednesday, September 9, 2009

Apakah Erti Sebuah Persahabatan ?






Menunggu majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan di Kg. Pelet P. Pinang.
Anjuran bersama Ustaz Yahya dan Ustaz Kahlid :)
Itulah cara mereka berdakwah di Jalan Allah. Berlumba-lumba di bulan Ramadhan untuk membuat kebajikan.

Sunday, September 6, 2009

Golongan mana??




Golongan manakah yang masih menunggang motorsikal sebegini rupa ??
Kenapa, siapa, bagaimana, adakah.............berbagai persoalan yang timbul ??
Namun jawapannya......Melayu jua, tak gitu ?

Saturday, September 5, 2009

Kenapa Malaysia Kita Harus Begini ???





Tidak malukah kita seandainya pelancong luar datang melawat negara kita?
tetapi inilah kenyataannya..Bahawa Masyarakat kita di Malaysia semakin parah apabila nilai-nilai murni rakyat semakin terhakis berpunca apabila kerajaan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Dalam perkara ini saya rasa kerajaan yang ada sekarang perlu bermuhasabah dengan memikirkan apakah keutamaan yang perlu diberi.
Kerajaan juga perlu berfikir kembali apakah tujuan rakyat memilih mereka....adakah untuk mereka menghabiskan duit rakyat.....adakah untuk mereka seronok berpolitik dan mencari kesalahan orang lain tanpa mencermin diri sendiri.Apakah kerajaan sekarang tahu erti sebenar kemajuan yang dilaung-laungkan ?????...tepuk dada tanya iman.

Friday, September 4, 2009

Minyak Naik Lagi???


KOTA BHARU, 1 Sept: Mungkin bagi mengelakkan kemarahan rakyat, kerajaan mencipta kaedah baru bagi menaikkan harga minyak dengan menyebut petrol RON95 ditetapkan RM1.80 sen seliter mulai hari ini.

Sedangkan hakikat sebenar harga minyak dinaikkan 5 sen seliter daripada RM1.75 sen. Manakala RON97 iaitu petrol premium dijual dengan harga RM2.05 sen seliter.

Semuanya kenaikan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan itu amat tidak wajar memandangkan rakyat kini sedang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan umat Islam pula bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kenaikan itu sudah tentu akan mengundang kenaikan harga barangan tidak lama lagi.

"Biar pun turun 5 sen bunyinya sedikit, namun impaknya amat besar kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya selepas menyampaikan dividen kepada peserta Ladang Rakyat di Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

Menurutnya biar pun harga petrol dan diesel diturunkan sebelum ini, namun harga barang keperluan harian tidak pernah turun. Katanya tidak sepatutnya kerajaan menaikkan harga petrol sekarang kerana ia amat tidak sesuai menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, rakyat di negeri ini diminta berdoa supaya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Bulan Ramadan bulan yang penuh berkat dan rahmat ini diharap rakyat berdoa semoga Allah membuka pintu hati pemimpin kerajaan pusat untuk menyerah royalti kepada kerajaan negeri yang tertunggak sejak 2004.

"Tidak ada sebab mereka menafikan royalti terhadap Kelantan kerana jelas terbukti pelantar carigali berada dalam perairan negeri ini," katanya.

Pada majlis itu seramai 300 peserta menerima dividen Ladang Rakyat bagi peringkat parlimen Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah. - Harakahdaily

Kapal Selam Tahun Bila Ni ???



Kat mana la kapal ni nak pergi menyelam agaknya ya??

Kenapa la orang tak nak kat kau ????



Kerja tip-top orang suka la....begitu juga sebaliknya
tak gitu......?

Thursday, September 3, 2009

Mari Kita Merenung Kuasa Allah S.W.T



Kajadian Gempa bumi yang berlaku di Indonesia pada 2 September 2009



Kenapakah ujian demi ujian ditimpakan ke atas mereka ??



Marilah kita menginsafi di atas setiap apa yang berlaku.

Wednesday, September 2, 2009



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

Apa kesudahannya ????



Marilah kita renungkan apakah kesudahannya....
Alangkah baiknya sekiranya dibubarkan sahaja DUN Perak....tak gitu?
Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger