Friday, September 4, 2009

Minyak Naik Lagi???


KOTA BHARU, 1 Sept: Mungkin bagi mengelakkan kemarahan rakyat, kerajaan mencipta kaedah baru bagi menaikkan harga minyak dengan menyebut petrol RON95 ditetapkan RM1.80 sen seliter mulai hari ini.

Sedangkan hakikat sebenar harga minyak dinaikkan 5 sen seliter daripada RM1.75 sen. Manakala RON97 iaitu petrol premium dijual dengan harga RM2.05 sen seliter.

Semuanya kenaikan itu adalah hadiah buat rakyat Malaysia sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan dan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kenaikan itu amat tidak wajar memandangkan rakyat kini sedang menyambut ulangtahun kemerdekaan negara dan umat Islam pula bakal menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.

"Kenaikan itu sudah tentu akan mengundang kenaikan harga barangan tidak lama lagi.

"Biar pun turun 5 sen bunyinya sedikit, namun impaknya amat besar kepada rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah," katanya selepas menyampaikan dividen kepada peserta Ladang Rakyat di Gelanggang Seni, di sini, hari ini.

Menurutnya biar pun harga petrol dan diesel diturunkan sebelum ini, namun harga barang keperluan harian tidak pernah turun. Katanya tidak sepatutnya kerajaan menaikkan harga petrol sekarang kerana ia amat tidak sesuai menjelang sambutan Aidilfitri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan berkata, rakyat di negeri ini diminta berdoa supaya royalti minyak diserahkan kepada kerajaan negeri.

"Bulan Ramadan bulan yang penuh berkat dan rahmat ini diharap rakyat berdoa semoga Allah membuka pintu hati pemimpin kerajaan pusat untuk menyerah royalti kepada kerajaan negeri yang tertunggak sejak 2004.

"Tidak ada sebab mereka menafikan royalti terhadap Kelantan kerana jelas terbukti pelantar carigali berada dalam perairan negeri ini," katanya.

Pada majlis itu seramai 300 peserta menerima dividen Ladang Rakyat bagi peringkat parlimen Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Turut hadir pada program tersebut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah. - Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!