Monday, June 14, 2010

Wajarkah saman ekor dikenakan?

Tadi saja check saman polis, ada juga kena saman speed trap. Yang menjadi persoalannya, tempat yang kita lalui tu, tak pernah pun lalu sebelum ni, cuma mungkin sekali je lalu..tu pun ketika melancong agaknya, rasa-rasa la, sebab tempat kena saman tu pulak nun jauh kat negeri di pantai timur. Mana kita nak tahu jalan-jalan tersebut. Dah tu tak pernah pulak dapat sebarang surat saman. Dah tu tak tahu berapa kelajuan tersebut, Time jalan-jalan masa melancong ni mana ada bawa laju-laju. Selalu bawa 80km je tu pun kat highway je. kalau kat jalan federal tak pernah lebih 70km, Itupun kalau jalan luas dan elok. Kalau setakat jalan kampung tak tahulah pulak ada polis jaga. Tapi jalan kampung setakat 30km pun dah kira laju dah. ish, ish memang tak patut. konpius-konpius. Bukan tak mahu bayar saman.....tapi rasa macam teraniaya je. memang tak puas hati sebab kena saman tak tahu kat mana.....yang heran mat-mat rempit, kaki-kaki lumba kereta tak pula kena saman ye..? Bagaimana pendapat kawan-kawan ?

No comments:

Post a Comment

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!