Monday, February 1, 2010

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..


KUANTAN - Tanpa disedari, iklan-iklan berbau perkhidmatan seks yang dipercayai bernilai lebih RM1 juta telah tersebar ke seluruh negara dengan sewenang-wenangnya walaupun ia telah diharamkan.
Sekurang-kurangnya 70 iklan perkhidmatan urut dan teman penghibur bagaikan 'dihalalkan' apabila didapati dicetak pada enam helaian muka surat dalam buku panduan telefon iklan dan diedarkan secara percuma sejak pertengahan tahun lalu.

Sebahagian besar iklan tersebut hanya memaparkan nombor telefon bimbit dan bentuk perkhidmatan yang disediakan tanpa menyatakan alamat pejabat yang lengkap, dipercayai bagi mengelak premis operasi mereka dikesan pihak berkuasa.

Malah ada juga yang memaparkan lukisan gadis-gadis dengan aksi yang seksi serta perkataan-perkataan Inggeris yang me narik perhatian pelanggan seperti 'pleasure,' 'young friendly companion,' 'secret' dan 'indoor and outdoor services.'

Wartawan Kosmo! telah menghubungi beberapa talian telefon dalam iklan tersebut dan menerima jawapan daripada individu tertentu yang enggan menyatakan alamat pejabat operasi mereka. Individu itu meminta dihubungi semula selepas me nyewa mana-mana bilik hotel di ibu negara.

Sumber-sumber industri pengiklanan memberitahu, iklan seumpama itu memberi pendapatan lumayan kepada penerbit buku panduan iklan kerana para pelanggan sanggup membayar sehingga RM200,000 bagi siaran iklan satu muka surat penuh.

Dalam pada itu, percaya atau tidak dengan hanya satu panggilan, gadis urut dan penghibur seks akan mengetuk pintu rumah atau hotel di mana anda menginap.

Namun, itulah perkhidmatan 'istimewa' yang anda peroleh sekiranya mendail sebahagian daripada nombor tertera pada iklan perkhidmatan urut dan hiburan dalam buku panduan iklan tertentu di pasaran.

Melalui iklan itu, sebagai pelanggan, anda juga boleh memilih gadis tempatan dan luar negara berusia dalam lingkungan 18 hingga 25 tahun sebelum mereka dihantar ke hotel atau rumah di sekitar ibu negara.

Malah perkhidmatan tersebut juga disediakan di beberapa bandar utama di negara ini termasuk Johor Bahru dan Pulau Pinang selain destinasi pelancongan Pulau Langkawi.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger