Monday, August 31, 2009

Dunia Akhir Zaman ?



SEBELUM ini, Maizawati, bekas isteri Akhil Hayy pernah beritahu dia tak ada niat nak masuk industri seni. Walaupun ada tawaran yang mahukan dia jadi hos dan model, semuanya ditolak Maiza.

Tapi itu cerita beberapa bulan lalu. Diva fikir, pendirian Maiza kini sudah berubah.

Maiza sekarang sudah jadi model iklan komersial. Minggu lalu, Maiza baru selesai menjalani penggambaran iklan biskut di Kajang, Selangor.

Dalam masa yang sama, Maiza sibuk rakam album. Menurut penerbit albumnya yang dikenali sebagai Zarul, single pertama Maiza akan keluar selepas Aidilfitri nanti. Bertuah jadi orang cantik dan baik macam Maiza. Rezeki datang melimpah-ruah. Tahniah buat Maiza.

Cuma Diva nak pesan, jangan mudah dieksploitasi orang. Diva tak nak nanti Maiza jadi Ina Naim yang kisah peribadinya dijaja di sana-sini kemudian sempat jadi penyanyi tapi akhirnya menyepi.

Bila kita tengah popular, semua orang suka dan berlumba-lumba nak gunakan khidmat kita untuk melariskan produk mereka. Jadi Diva harap Maiza tak terpengaruh sangat dengan godaan duniawi. - Kosmo

1 comment:

  1. bertauhnya.selepas janda jadi terkenal.sepas tu jadi model,jadi penyanyi.beruntung orang berwajah cantik.harap2 apapun kerjaya,biarlah ikhlas agar tidak tersandar di tepi jalan.Mohon maaf.Selamat bersahur.

    ReplyDelete

Submit Your Site To The Web's Top 50 Search Engines for Free!
counter on blogger